127 anak tangga ke pintu syurga

20090307

www.monoloque.com

kawan2,sahabat_handai,pendengar2,pengkritik2 smua yg budiman:
hari ini dgn Rasminya, sgala tentang MonoloQue(rentetan,music,etc)
akan berPINDAH ke:


harap maklum!

20080207

harap maafkan, di atas sgala kesulitan

waaaah, lama betul saya ta ke sini... yelah sibuk di blog butters buat apa yg perlu..
apepehal tunggu 14.02.08, butterfingers akan melancarkan video 1000tahun(aku mahu hidup) di you tube.. 

di samping tu kerja2 skolah makin bertimbun, kelam kabut dibuatnya, tapi keadaan bertamah pulih skrang.
nak tunggu sampai keadaan Kembali pulih, saya akan update blog KEMBali.

padu kpd anda smua dan slamat tahun baru cina!!

20071125

monoloQue di Itunes


monoloQue


3 lagu monoloQue sudah berada di pasar Itunes.sayang skali Itunes tak buat perniagaan kat malaysia lagi. mungkin belum lagi. tapi takpe,mungkin aku akan cuba Blue Hyppo utk Malaysia.. harap bersabar..

20071113

di hari terjadi Nya.

3 hari lepas, kini dgn rasminya aku telah menjadi ahli kelab Tiga Kupang(oghang perak ckp 3 kupang=tiga posen)hahahahahahha.mlm bersejarah dan gilang gemilang tu aku sambut
dgn penuh keriangan dan keasyikan dalam makmal synthesis bikin projek 'orkestra emulation'daaaaaaaaaaaaaa...
jadi tadi aku bercrite dgn cik rogayah,kan senang kalau aku amik jurusan 'performance'? kerja dia lepak aje.. maksudnya bukan lepak laaa,tapi kurang menggunakan akal fikiran dan tenaga, pasal kerja Jurusan performance ni main instrument aje..praktice,praktice/praktice.. tapi mcm aku, jurusan Synthesis...ayoooo kawan..kerja 2 dah la bnykk menggunakan otak,pas tu kebanyakkan masanya aku di depan kawanku Komputer.lepas tu dicampur pulakk dgn jurusan kedua saya,Composition.hmmmph.. memang kerja2 aku ni tak bagi aku tengok Mahari(kat boston musim ni,mataharinya cuma menyinar utk 8 jam aje..bagus utk tulis lagu2 penuh prasaan).

kemudian Cik rogayah ug disayangi/dikagumi/dihormati ckp," takpe.. awak kan nak jadi music scientist,kalau awakk amik performance, memang nanti balik awakk kena tunggu Jazz Festival yg stahun skali kat mont Kiara tu laaaaaa...",ujarnya..
hahahahahah memang betul!!!! terus saya teringat Jazz festival yg penuh dgn anak2 org kaya/vvip/sarong party girls yg memburu expatriates yg bergaji lumayan yg kalau kita mati hidup balik pun takkan sama/jazzer2 msia(jgn marah hahaa).. yg telah memesongkan Maksud "jazz" yg sebenar benarnya.dah la buat kat Mont kiara. eih apa daaaa, ingat jazz ni utkk elitist saje ke?boooooooooooo!

blakang crite, aku rasa aku di landasan yg betul la ni.. lagipun saje aje bercrite skit tentang arah tujuan..ok apa...

rikhail win Dzar.

20071027

reverbnation monoloQue.

kawan2, saya ada bukak site musikal baru utk monoloQue.

rajin2 la layarkan diri ke sini---->
monoloQue

rikhail win Dzar.

20071024

nasionalisme_1

kenapa nama tempat2 kat KL/msia smua nak dlm bahasa asing?

bende ni dah lama aku nak gemburkan dan prasaan tu smakin meluap meluap bila aku balik Msia tempoh hari.

kenapa mcm nama2 kawasan perumahan,kondo2 mewah,klab2 rekreasi/hiburan,shopping malls,nama2 kedai mewah hingga ke quasi mewah.. smua nak Dlm Bahasa Asing? tak english, german la, spanish la, argentinian la...memang ok,globalisasi intipati gaya hidup terkini, tapi c'mon geng.. takkan lah kot..sampai bila kot nak kena jadi second best? sampai bahasa nasional pun terpinggir jauh ke hulu...

contoh: sunway?kensington(apa ingat ni'Skipping LONDON ke'),mid valley?Digital Mall?no black tie, dan bnyk lagi la..

buat la nama dlm BAHASA MALAYSIA.. biar la pun kompeni Asing yg punye biznes/yg meng-developkannya,
apa ada hal, negara kita apa...takkan smua bende pun kena iMport kot?

bnyk apa nama boleh buat dlm bahasa malaysia?cuba stailkan bahasa Malaysia.. mesti padu!

kalau korang/pembaca2 yg budiman skalian sudi. penuhkan kolum komen aku dgn nama2 asing yg patut 'diMAlaysia-kan'.

mulai hari ini akan kumulakan siri Blog yg akan ku namakan" kebangkitan Nasiolisme pada abad ke 21 d malaysia'dan
harap2 lepas ni boleh jadi mcm satu pergerakan aman sentosa tapi garang,tegas dan berat sebelah terhadap negara sendiri demi negara sendiri.

p/s- aku tau, nama band aku pun Butterfingers..yelah masa tu aku dan rakan2 pun nak jadi westernise mcm korang smua.biasala darah muda... jadi kepada yg masih muda dan nak gila babi westernise..silakan.. tapi aku cuma tunjuk jalan singkatnya.. dan buah fikiran aku bukan utk org muda2 saje.. utk smua lapisan masya-rakyat msia yg berblang kaum,terutamanya utk org2 yg makan ngn Sudu perak...

bahasa jiwa bangsa,slamatkan negara anda.

rikhail windzar

20071023

saya rindu prempuan kalis peluru



--
rikhail drinwaz