20070225

p e l u r u s e s a t

DUA manusia ini, kalau aku lah jadi sultan ,beta dah tangkap dan rejam mereka ini d khalayak ramai.

mereka tersebut adalah:

1) tang

2)jason Lo.

sbb. Utama kerana merekalah yg. mejadi Dalang kepada kemasukan 'Influksi' band2 Indon dari yg Glamer sampai ke yg Cap Ayam. Spt dikatakan sblm ini, beta bukan anti- band Indon/import tapi smuanya, tapi kita haruslah ada rasa tanggungjawab terhadap 'hasil cucuk tanam/bahan mentah/bahan buatan negara kita sendiri. bukan hasrat beta juga utk menjadi 'patriotiq/nasionalistik tetapi saya cuma menjalankan tanggungjawab beta terhadap negara tercinta.
marilah bersama sama menukar' ketetapan otak'(mindset) kita smua...sementara itu kita asah 'keris terbang' supaya nanti kita boleh serang Negara lain secara tersirat mahupun tersurat.

cintailah barangan buatan malaysia.
kihalir nwirzad.

11 comments:

Anonymous said...

yeap.

kalo dierang bleh seimbangkan ngan kera di hutan ngan anak di susuan, mungkin tuan hamba takkan marah sangat dan patik pun tak marah sangat.

kalo DEWA bleh bawak masuk,takkan BUTTERFINGERS tak boleh kot?

akmalazizan said...

loq...statementmu ini mengurangkan rasa respekku terhadap beliau berdua

Anonymous said...

duit mashuk punye psl laa broloQue. indon kan ramai kt mesia nih. so pgl laa band endon. band mesia ni sape nk tgk...

Anonymous said...

Aku rase sudah tiba mase kita bentuk identiti melayu sendiri. Identiti yang unik dan original.
Sampai bila nak mengikut? Bila masanya nak mengarah?
Bukan ke asal nya muzik yang di kenali sebagai under-ground ini supaya band kita dapat mencari identiti sendiri satu hari kelak?
Banyak band dah berjaya cari identiti sendiri. Jadi mengapa tak beria ria nak promotekan? malu sebab diorang Melayu? Takde kualiti? atau takut diorang terlebih berjaya? Kalau takut rugi ambik aje band melayu yang memang hebat. Banyak ape? Boleh kumpul buat sampai 4-5 rock show besar kat Msia. Aku tak rase ini kes duit masuk atau tak. Pada aku nie kes malu nak promote kan band negara sendiri. Identiti band Melayu unik. Mungkin orang yang cukup bijak aje yang nampak semua nie. Jadi mungkin jugak aku tak mengharap yang si tukang buat show kat Msia nampak semua nie. Atau mungkin kita kena tunggu sampai semua melayu jadi bangsa Eurasian baru lah nak di promote kan. Takpe itu semua dalam proses bukan ke perempuan melayu ramai yang beria nak kahwin mat salleh. Mungkin Hang Tuah silap. Mungkin bangsa melayu tak hilang di dunia tapi bangsa melayu hilang identiti sebab takut nak mempertahan kan identiti sendiri.

Anonymous said...

ini bukan negara melayu broloque. negara ni sudah jadi identiti penjajah. tukang buat show besar2 mane ade melayu. sume bangsa yg x tau malu dok kt mesia nih... apepun zaman hang tuah, cina india masih dok bwh tempurung. zaman skang, melayu dihempap tempurung...

Anonymous said...

biasa la broloque..mainstream sucks!!!butterfingers rules!!!!-yazeid

Anonymous said...

ko jadi sultan?? huk alaaa...sultan skang ape power yg ade beb!! baik ko jadi Tun Doktor Maha....hehehe...suka suki je reject sape2 yg die x bekenan

...$weE+ 666... said...

kenapa mesti menjadi bodoh sedangkan sebenarnya tidak bodoh? kenapa mesti mengagung-agungkan sedangkan sebenarnya cukuplah sekadar meminati? kenapa mesti memonopoli sedangkan sebenarnya boleh berkongsi? kenapa mesti ketawa bersama-sama dengan orang yang mentertawakan kebodohan kita? kenapa mesti? kenapa? mestikah?

siapa yang harus dipersalahkan kalau secara tiba-tiba kehadiran 'mereka' menjadi penyebab 'kita' merasa dipinggirkan? siapa yang bertanggungjawab kalau secara tiba-tiba kehadiran 'mereka' menggugat periuk nasi 'kita'? siapa yang sebenarnya bodoh kalau secara tiba-tiba kehadiran 'mereka' membuatkan 'kita' terpaksa berhabis duit? siapa yang tak ada otak kalau secara tiba-tiba kehadiran 'mereka' menguasai 'kita' membolehkan 'mereka' ketawa sekuat hati di hadapan 'kita'?

pernahkah 'kita' mentertawakan 'mereka' dan menguasai 'mereka'? pernahkah 'mereka' berhabis duit untuk 'kita'? pernahkah 'mereka' 'kita' pinggirkan? pernahkah periuk nasi 'mereka' 'kita' gugat? pernahkah? aku terfikir lagi... aku sedih lagi...

ibaratkan ini,

"kita ada seorang anak yang cacat. kita simpan dia di rumah. kita malu nak bawa dia keluar rumah jumpa orang. kita malu berhabis duit belikan dia baju baru yang cantik-cantik. tapi kita sanggup berbuat sebaliknya pada anak orang lain. bukan anak kandung kita sendiri. kenapa? tak sayangkah kita pada anak kita?"

kasihan... sampai hati... sedih...
namun, 'kita' teruskan juga berpesta bersama 'mereka'...

Anonymous said...

tapi macam mana dengan butter
dulu.. main lagu2 mcm kurt ..
sampai ramai muda mudi melompat..
kesana kemaari..dengan Lagu inggeris
berbekalkan influence mcm pink floyd..
smpai rmai yg dah dijajah minda oleh bangsa kurt(kera)pd ms itu..

sapa akan rejam butt*r*f*n*g**s
pd masa itu..

Anonymous said...

haha..nk rejamm..
erm

aku rasa x patut..

sbb tang + jason Peniaga
bukan pemuzik/sebagainya..

kalu ikut kamus perniagaan pn..
Peniaga mementingkan keuntungan
bukan kualiti/sebagainya..kn kn

tp yang menteri2 bawak masuk pelabur asing utk wat perniagaan , bk diskotik , pub ..sampai yg siap boleh beli tanah dekat malaysia..

Ada sapa nak rejam menteri2 nie

Anonymous said...

hmm loque...lu ni pun cakap tak berapa nak serupa bikin gak...aku tgk band korang tiap2 tahun gak ikut bontot si jasonlo tu nak main rock the world...

ko ni aku tgk blog punya la tulis mcm2...kdg2 tak paham pun iye jgk. aku pun org seni jgk, tapi biar la pegang pada prinsip. jgn ko igt ko tu dah ada nama dgn jarimentega tu, nak tunjuk mcm dah otai sgt kat scene kita ni...
aku pun tau jgk yg korang ni ada jgk terikut2 dgn band2 dari indon tu, perubahan tu ada, cuma korg pandai cover je...lain kali jgn pandai ckp je bro, tgk sket n igt sket apa yg dah penah tulis n ckp sebelum nak ckp apa2. tu lah, blog berlambak2...tulis sana sini...dah boring mula bukak blog baru...apa ko igt ko ni sarjan ke? maleot btul la...aku rasa baik ko main je semula mcmana jarimentega main time muda2 dulu. ok je apa. mengaku je la yg ko pun terikut2 jgk budaya mat salleh n kitorg ni pun hasil dari pembawakan ko jgk tu yg jadi mcm budak2 skang ni yg takde identiti sdiri...sape lagi acuannya?

pendekar mustar