20071024

nasionalisme_1

kenapa nama tempat2 kat KL/msia smua nak dlm bahasa asing?

bende ni dah lama aku nak gemburkan dan prasaan tu smakin meluap meluap bila aku balik Msia tempoh hari.

kenapa mcm nama2 kawasan perumahan,kondo2 mewah,klab2 rekreasi/hiburan,shopping malls,nama2 kedai mewah hingga ke quasi mewah.. smua nak Dlm Bahasa Asing? tak english, german la, spanish la, argentinian la...memang ok,globalisasi intipati gaya hidup terkini, tapi c'mon geng.. takkan lah kot..sampai bila kot nak kena jadi second best? sampai bahasa nasional pun terpinggir jauh ke hulu...

contoh: sunway?kensington(apa ingat ni'Skipping LONDON ke'),mid valley?Digital Mall?no black tie, dan bnyk lagi la..

buat la nama dlm BAHASA MALAYSIA.. biar la pun kompeni Asing yg punye biznes/yg meng-developkannya,
apa ada hal, negara kita apa...takkan smua bende pun kena iMport kot?

bnyk apa nama boleh buat dlm bahasa malaysia?cuba stailkan bahasa Malaysia.. mesti padu!

kalau korang/pembaca2 yg budiman skalian sudi. penuhkan kolum komen aku dgn nama2 asing yg patut 'diMAlaysia-kan'.

mulai hari ini akan kumulakan siri Blog yg akan ku namakan" kebangkitan Nasiolisme pada abad ke 21 d malaysia'dan
harap2 lepas ni boleh jadi mcm satu pergerakan aman sentosa tapi garang,tegas dan berat sebelah terhadap negara sendiri demi negara sendiri.

p/s- aku tau, nama band aku pun Butterfingers..yelah masa tu aku dan rakan2 pun nak jadi westernise mcm korang smua.biasala darah muda... jadi kepada yg masih muda dan nak gila babi westernise..silakan.. tapi aku cuma tunjuk jalan singkatnya.. dan buah fikiran aku bukan utk org muda2 saje.. utk smua lapisan masya-rakyat msia yg berblang kaum,terutamanya utk org2 yg makan ngn Sudu perak...

bahasa jiwa bangsa,slamatkan negara anda.

rikhail windzar

33 comments:

Pendeklamasi Sajak said...

UNTUK SEKETIKA AKU MENYOKONG LOQUE..

KITA PTT CONTOHI INDONESIA..
SBB BAYK PLAZA2 .. TMPT KAT SANA
LETAK NM TOKOH2 INDON...

CAM PLAZA GONTOYO ...

TP KITA SEJAK MERDEKA 1957 LG
DUK BANGGA OMPUTEH(KERA) SBB BAPAK2,TOKWAN2,TOK NEK2.. KITA YG MULAKAN..DR DL PELAJARA DLM B.I.. SEMUA NAK BER INGGERIS

JD RENUNGKAN..

Mahariz said...

butterfingers live at bar dobi, plaza lengkuk, pj.

:)

fellow said...

mid valley = seri purnama

(gile indah nama die)

darly said...

hehe mahariz. saya suka the curve ditukar kepada plaza lengkuk. wahaha.

Encik said...

ini gila padu. pergerakan aman sentosa tapi garang bermisai. jgn risau tuan, komrad nasionalis bertembok-tembok lapisnya di belakang tuan. peluru infiniti.

satu jatuh, beribu bakal lenyap
(one down, a thousand to go)

Encik said...

Giant Superstore = Pasaraya Gergasi


Kan 'gah' tu. pasaraya ulung Malaysia pun nak bahasa asing ape cherite. hilang taring.

Anonymous said...

paling xleh blah Times Square..malu siot ngan nama ni sbb tiru Times Square New York

Encik said...

Times Square = Petak Waktu

aku_benci_man utd said...

aku heran nape intilah 'keretapi' da xdigune pkai..skang ni klu gi stesen ktm or lrt,msti intilas 'tren' dorg gune..

antiloQue said...

stylo gile 'keretapi'=kereta api!
memang dolmat digantikan dgn tren...
trima kasih enche2 smua.. lagi lagi?

Perwira Pedang Satria said...

ala kalu nak ikutkan shppg kompleks mmg byk yg ditelah dijajah dgn word english!!

cuba kita lihat pada genting highland!! diberi nama english juga kan?? di mana hak kita sebagai anak malaya.. kita mmg dijajah dari segi bahasa.. dimana ksilapan nya, itu benda yang dah lepas.. tapi sekrang ini kita perlu melihat masa hadapan, cuba cegahkan bukan salahkan..

loque, aku sokong pejuang ko tapi tak semua orang yg tahu ko tgh bjuang.. cuba² join mana² forum dan bbincanglah mgenai isu ini..
disitu mungkin tdapat byk remaja..
untuk membuka minda mereka!!

apek said...

aku berpendapat proses lokalisasi ni harus start seawal dari kecil, dari apa yg dilihat apa yg dipandang ditengok masa kecil, contoh: iklan kat tv, papan tanda jalan,mau pon corak cara-cara mengabadikan ia.

tak senang sungguh nak tukar tabiat orang jadi baik, anta "askar putih" pon belum tentu mampu.

tapi bagaimanapon aku mmg sokong proses lokalisasi dan biar ia tepat dengan makna dan tidak menjengkelkan atau mengundang gelak dari pihak ketiga

Contoh yang kita boleh start,
Radio malaysia, Hot FM tukar kat Hangat FM, mmg lawak skit pada mula, tapi lama-kelamaan perkara tersebut bakal menjadi sebutan hujung lidah.(seperti kita sebut nama kekasih kita)

aku tgk dulu, sure heboh, skarang dah tukar jadi jom heboh. ada perubahan disitu. PADU!

Jangan cakap pasal Bahasa kalau tak bergaya membudayakannya. - Apek Karim

saya said...

erm susah gak nk menuding jari ni. tp tgkla negara yg xgune bahse inggeris. thai tu.
hampir nk mundur negara tu. tp tgk philipine. yg rakyat die hampir sume leh ckp inggeris. xdela maju mane pon.

harris nasril said...

oo saya said, ini aku nak balas,

negara perancis tuh, semua cerita dalam bahasa english akan dialih bahasa ke dalam bahasa perancis. sebab meraka sangat mendaulatkan bahasa mereka.
negara china pun begitu.
mereka tetap maju.
sayang bahasa- sayang jatidiri.

Encik said...

lihat - china, russia, german dan byk lg negara yg bangga dgn bahasa mereka. kemajuan tak semestinya dicapai dgn bahasa penjajah. kemajuan dicapai dgn otak, jatidiri, dan berat sebelah kpd negara sendiri.

tiada kata secantik bahasa.

Anonymous said...

sokong. jaya jusco? apakejadah. haram takda maksud.

cuba la tuka plaza megat seri rama ke. baru ada aura. bebudak trendy kelas atasan pun segan nak jejak.

Sta Treq said...

ho...
nk buat cmna tukang bwat bangguan2 tuh pon org luaq...
mcm klcc tuh...
kdai2 kt suria klcc tuh pn ada ka kdai melayu...??
kelantan delight tuh pn kna tutup...
dok bngga2 pa xtau ngan klcc...
tukaq ar nma dia...
pusat persidangan kuala lumpur...-ok pa,..
kita nk tiru le tour de france....-tukaq arr nma..-awat yg nk gna le tour de lngkawi plak..??
huhuhu...
yg bru nih..-eyes on mlysia...
suka sgt meniru....

Encik said...

eye on Malaysia = mata-mata Malaysia

Anonymous said...

aku terharu ngan 'clarion call' yang enche loque war warkan so anak malaysia (or kugiran kugiran tempatan ) boleh melebarkan lagi mata sepet / bulat kitorang terhadap pengaruh2 westernisme....

tapi apesal enche loque bagaikan tidak cukup meng-emphasise-kan bangsa2 lain.....budak2 band yang berketurunan cina, india, dayak, iban, bidayuh, kadazan......yang dalam senyap telah berkecimpung dalam dunia INDIE ROCK scene malaysia kebelakangan nih?

pendapat 'humble' saya nih....kalo nak himpunkan kuasa band-band se-malaysia untuk 'menumpaskan band indo di padang diorang sendiri'....bukankah lebih wajar agar ini membabitkan bangsa2 yang memang MALAYSIAN dari segala segi.....TIDAK KIRA KAUM.

blog enche loque nih (secara kritis dan terus terang saya cakap) bagaikan untuk mengobar-ngobarkan hati/darah bandboys&girls melayu sahaja....

sebab Subjek yang diujarkan enche loque ini adalah lebih besar dari skop perkauman sekarang....

good job

by the way.......saya sendiri berketurunan cina...agama kristian. dalam band lokal. dan adalah anak malaysia sebanggabangganya.

jay

Encik said...

Bahasa Melayu adalah Bahasa Malaysia adalah Bahasa Melayu. terang lagi bersuluh.

saya said...

encik harris nasril.
betul ape yg anda ckp tu.
tp kadar kemiskinan di china antara yg tertggi di dunia.
;]

peace.
love me, not war

Bogus said...

bak kata Tan Sri P.Ramlee...bahasa menunjukkan bangsa...jadi bangsa tu sendiri kena perbetulkan diri...aku paling tak berkenan bila pak2 menteri ckp bahasa rojak...ad 'so' la 'cannot' la '...memacam lagi aa...

antiloQue said...

oh enche jay... tak semestinya saya hanya fokus kepada bandboys/girls berbangsa melayu.. motive2/pandangan2/saranan2 saya smuanya ditujukan khas utk.

Bangsa MAlaysia(melayu/cina/india/kaum pribumi srwk/sabah,serani/kacukan dan sebagainya)..slagi mereka berwarganegara/ber kad pengenalan Msia,mereka dlm sasaran saya.

itu pasal saya pun menulis 90% dlm Bahasa Malaysia,bukan bahasa Melayu. walaubagaimanapun terima kasih kerana sudi menulis pandangan anda.teruskan!
slamat!

hizwan said...

Malaysia dihina oleh....

http://www.topix.net/forum/world/malaysia

Sahaya said...

Bahasa lambang santun budinya,
Biar bertapak kukuh akarnya.
Indah bicara kerana bahasa,
Daulat bahasa daulatlah bangsa.

saja nak berpantun.
salam..

okishimashuji said...

butterfingers - jari-jari mentega
hahaha...

entah la...sekarang ni aku yang aku boleh lihat member2 aku yang berasal dari keluarga kekayaan bapa, depa semua dah dididik dalam bahasa inggeris..

tapi aku bangga la sebab ade ayat bahasa malaysia ni takleh ditukar ke ayat inggeris contohnye:

- ye tak ye kan?
- ade-ade aje
-

Muhammad said...

presiden Korea dahulu melawat ke pejabat Tun Razak belajar mengenai kemajuan Malaysia yang mana negaranya ketinggalan dengan negara kita. Di tanya apakah ayat di dinding itu, jawab Tun itu adalah ayat quran yang bermaksud Tuhan tidak akan menolong suatu umat jika umatnya tidak mengubah nasib sendiri. Presiden balik ke Korea Selatan dengan agenda pembaharuan dan didahului dengan ucapan agama yang dipegang Muhammad menyatakan bahawa |seperti yang aku tulis tadi| dan kini Korea Selatan adalah pesaing Jepun; Ekonomi ke dua terbesar dunia. Kita bercakap mengenai bahasa ? berbicara dan menulis pun berselang seli dengan Inggeris. Kamu tahu apa itu rojak? Bila makan di kedai mamak lihat ke dalam bakal suapan kamu itu.

one sandwich short of a picnic said...

jika begitu, boleh diwartakan carrefour sebagai Pasaraya Mengambil Berat. ye saya tahu, translasi yang agak gampang.

the legend said...

loque, hang kerja kat mana sekarang?

yang lain kadax, emmett dan loco dok kerja mana tu?

enchek epul said...

bahasa melayu mencerminkan bangsa melayu..cukuplah setakat tu...sekarang melayu dah bercampur dengan bangsa lain...secara x langsung budaya kuning masuk dalam baju anak-anak melayu yang mudah alpa...budaya orang lain diambil masuk dalam agama sendiri...orang yg gilakan kuasa, pangkat, darjat lebih mengutamakan bahasa inggeris sejak dari dulu lagi...strata masyarakat sudah berubah, norma kehidupan bercampur-baur...bahasa melayu di telan tamadun lucah...tapi apa yang penting, kenapa orang melayu tak sedar semua itu??? Malaysia ada times square, ada beverly height, mid valley, sunway pyramid....anak malaysia bangga!! Mat salleh iktiraf kita!! betul ke? Ukay's height = Ulu Klang tu beb!!!

muzikali said...

saya sokong gerakan ini!
walaupun skolah tak abes lagi tapi banyak jgk yang aku x puas ati..
contoh terdekat kat tempat aku..
City Square
tempat yang aku paling suka pegi jalan2 dengan membe2...
bestnye kalau dia tukar jadi bm..
tp...Petak Bandar?haha....
kadang2 kitorang ade gak cbe2 'bm'kan nama2 band...mcm Butterfingers jadi mentegajari..
huhuhu...minx maaf loque..

Faizal Riduan said...

Tuan,

Sebenarnya perihal bahasa Melayu ini sudah tidak wajar menjadi isu kerana menjadi antara persetujuan terawal politik dalam hubungan PUTERA-AMCJA yang memuktamadkan bahawa Melayu sebagai rupa bangsa dan citra warganegara bagi Malaysia. Inilah antara kontrak sosial terawal penduduk Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) yang dapat dilihat dalam manifesto pilihanraya pertama pada tahun 1955 oleh Perikatan UMNO-MCA-MIC iaitu "menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam masa sepuluh tahun sesudah merdeka”.

Namun kini setelah kemerdekaan berusia setengah abad sejauhmana kata dikota? Ketika semua orang menunding jari telunjuk pada kaum lain saya rasa 3 jari yang lain akan menunjuk pada batang tubuh Melayu itu sendiri yang mengkhianati warisan bahasa leluhur mereka. Jawapannya saya kira dalam satu frasa dan premis iaitu "Memelayukan Bahasa dan Membahasakan Melayu".

L e b a i M a l a n g said...

stuju encik loque..
bahasa menunjukkan bangsa..(ade lg ke ayat 2 pd kite sume???)