20071027

reverbnation monoloQue.

kawan2, saya ada bukak site musikal baru utk monoloQue.

rajin2 la layarkan diri ke sini---->
monoloQue

rikhail win Dzar.

20071024

nasionalisme_1

kenapa nama tempat2 kat KL/msia smua nak dlm bahasa asing?

bende ni dah lama aku nak gemburkan dan prasaan tu smakin meluap meluap bila aku balik Msia tempoh hari.

kenapa mcm nama2 kawasan perumahan,kondo2 mewah,klab2 rekreasi/hiburan,shopping malls,nama2 kedai mewah hingga ke quasi mewah.. smua nak Dlm Bahasa Asing? tak english, german la, spanish la, argentinian la...memang ok,globalisasi intipati gaya hidup terkini, tapi c'mon geng.. takkan lah kot..sampai bila kot nak kena jadi second best? sampai bahasa nasional pun terpinggir jauh ke hulu...

contoh: sunway?kensington(apa ingat ni'Skipping LONDON ke'),mid valley?Digital Mall?no black tie, dan bnyk lagi la..

buat la nama dlm BAHASA MALAYSIA.. biar la pun kompeni Asing yg punye biznes/yg meng-developkannya,
apa ada hal, negara kita apa...takkan smua bende pun kena iMport kot?

bnyk apa nama boleh buat dlm bahasa malaysia?cuba stailkan bahasa Malaysia.. mesti padu!

kalau korang/pembaca2 yg budiman skalian sudi. penuhkan kolum komen aku dgn nama2 asing yg patut 'diMAlaysia-kan'.

mulai hari ini akan kumulakan siri Blog yg akan ku namakan" kebangkitan Nasiolisme pada abad ke 21 d malaysia'dan
harap2 lepas ni boleh jadi mcm satu pergerakan aman sentosa tapi garang,tegas dan berat sebelah terhadap negara sendiri demi negara sendiri.

p/s- aku tau, nama band aku pun Butterfingers..yelah masa tu aku dan rakan2 pun nak jadi westernise mcm korang smua.biasala darah muda... jadi kepada yg masih muda dan nak gila babi westernise..silakan.. tapi aku cuma tunjuk jalan singkatnya.. dan buah fikiran aku bukan utk org muda2 saje.. utk smua lapisan masya-rakyat msia yg berblang kaum,terutamanya utk org2 yg makan ngn Sudu perak...

bahasa jiwa bangsa,slamatkan negara anda.

rikhail windzar

20071023

saya rindu prempuan kalis peluru



--
rikhail drinwaz

20071004

kera di hutan disusukan, anak d rumah mati kelaparan,anak kluar rumah mati kena bunuh,anak nak p mana kot?


skrang kecoh pasal band/artis indon yg berpusu2 menyerang tanahair.isu ini pada saya dah lapuk/3 tahun lepas punye crite ayo.
dulu saya pernah ke balai polis nak mintak permit utk buat mogok demi membantah salah sebuah band indon utk buat show kat stadium negara, tapi tak jadi pasal polis tu kata kalau saya buat gak, kalau kena tangkap, nama kena blacklist, jadi masa tu plak saya nak ke US,jadi terpaksa la membatalkan niat tersebut kalau tak kena cap terrorist ngn Interpol.

tapi perjuangan bab tu tidak berakhir di situ saje.

peringatan:motifnya bukan aku tak suka band indon atau apa2 yg ada elemen indon, atau nak suruh org2 smua benci Indon,tapi utk Orang kita sendri.bangsa Malaysia sendri.bermula dari Pihak Penganjur ke pihak Media, syarikat rakaman, hingga ke pembeli/pendengar itu sendri.. smua memainkan pranan dlm hal ini.smua terlibat.

2 tahun kemudian, baru la saya dgr artis2/komposer2 tempatan bising pasal Konfrantasi Industry Muzik Indon ni. kecoh sana sini..
BAGUS.. aku suka.. nampaknya kebanyakkan org pun dah sedar,terutama mereka yg tersepit dan terhimpit akibat Konfrantasi indon ini.
mereka hentam penaja2, hentam media baik radio,Tv,surat2khabar,wartawan etc.

ok itu satu langkah yg ok,
tapi komplen/kempen aje tak cukup....
setelah berada di 'luar melihat di dalam', saya fikir jalan TERBAIK ialah

 'kalahkan diorang kat padang mereka sendri'.
itu aje jalan yg terbaik rasanya.
memang skrang dah bnyk band2 msia yg keluar.. bagus,tapi kena bnyk lagi.. cuba cuba sampai kita dapat membolosi pasaran mereka/antarabangsa.. sampai kita menang mcm misbun sidek menang piala Thomas...
an ingat!plan sebegini utk jangka masa panjang.. jadi kalau saya tak sempat rasa/tengok.. janji kita mula skrang.suatu hari mesti kena punye.mari kita tengok siapa yg kena!!

ubahubahubahubahubahubah*
skrang adalah masa utk bertindak!

KEMBALI.

--
rikhail drinwaz


20071002

musim kejatuhan(fall)


letihnya letihnya
rindu siut nak makan makanan2 msia.
sini smua wa kena masak sendri, padu gak la.. apepahal boleh jadi chef(tidak)
skrang dah semakin sejuk,
kerja skolah makin bertimbun,
kena buat kena buat.
padu!
--
rikhail drinwaz