20070223

surat wa utk Harian Metro!

hello elly.. kena pada masanya ko tolong kitaorang membawa issue ini ke khayalak umum!

ok pertama, EMI ada rights kat recording lagu Epitome yg d rekord pada tahun 1999 yg dalam album transcendence tu aje, jadi diorang boleh eksploit mcm mana diorang nak pun dari recording of tht particular song,contoh nye remix ke or diorang nak kluarkan kat kompilasi kompilasi Keju diorang ke, tapi EMI takde hak utk menggunakan LAGU TERSEBUT tanpa kebenaran composer asal lagu tu.. sbb Composer tu memegang hak milik asli lagu tersebut. jadi kat situ ARSE-my dah salah! dia ingat dia boleh stereotype smua artis rock senang senang ke ingat artis tu taktau apa apa pasal intellectual properties or copyright issues.. silap la.

kedua, memang jelas skali lagu tu tak ubah lebih 50%. ni lagi satu, apa EMI ingat smua pendengar2 pekak ke? kalau smua org dgr even org yg tak pernah dgr lagu tu b4 hand pun boleh tau yg hanya diubah adalah liriknya. arrangement sama, melody sama, guitar line sama tapi ada improvise skit ala ala budak yg blajar muzik tapi 100% by the book(ikut buku punye ) lepas tu main guitar sound nipis atau lebih dikennali sebagai 'guitar nyamuk'! ( sungguh mencemarkan Duli dan kedaulatan Bunyi Guitar beta dlm lagu tu).jadi pada saya stakat lirik yg jenis tangkap muat takpunrefer buku buku coretan nota lama(recycle) mcm mamat tu buat, bayi dlm kandungan pun boleh buat.heh.SEkilas Cinta? adoi... gila geli geleman saya mendengar nye, habis lagu butterfingers tercemar kehormatan nya.. Sekilas Cinta? apa tu.. kalau iye pun nak tukar melayu, buat la betul betul bagi ada kuality. ni ibarat menconteng arang d muka saya dan juga butterfingers turut skali peminat2 butterfingers yg sekian lama menyokong Pergerakan Butter mereka dimana benda mcm Sekilas Cinta ni, nama nya pun dah bertentangan dgn ideology2 Butterfingers.
Jadi mcm kes HIlman tu? saya tak tau apa yg dia buat gubahan smula apa pun saya tak dpt dgr. pada saya stakat gamelan yg di-programme lepas tu ditambah dua tiga irama lagi di atas nya adalah hanya improvisation jadi tu bukan gubahan smula pada saya, dan saya rasa ramai pun stuju. lain la kalau lagu tu jadi bossa nova ke, keronchong ke\, reggae ke, Drum & bass ke, pop melayu deli ke, baru la GUbahan Smula.. jadi nama HIlman di tepi nama saya tu pun ibarat lembu punyu susu, sapi dpt nama! kerana pada dasarnya... kalau takde lagu, irama, arrangement EPitome yg asal spt dalam album Trancendence BF, lagu Sekilas Cinta mesti takkan bunyi mcm mana ia bunyi skrang atau ia akan bunyi spt lagu lagu irama Malaysia yg lain.

jadi kesimpulannya, saya takde hal dgn Ella,loloQ ataupun Hilman yg menumpang nama di atas 'lebuhraya yg dibina oleh Butterfingers"tapi apa yg saya nak salahkan ialah syarikat Rakaman Kesayangan saya, iatu EMI.

saya tidak tahu menahu pasal perkara ini,dan publishing company saya pun tidak pernah mengkhabarkan perkara ini, dan saya dpt tahu pun dari salah seorang sahabat saya yg kebetulan berada di tempat kejadian di mana mereka sedang cuba menghabiskan Rakaman lagu Epitome kami yg tercemar itu, lantas meberitahu saya lalu saya terus memberitahu rakan seperjuangan saya Emmett dan Kadak d mana mereka pun tidak tahu menahu tentang perkara yg mengaibkan ini.

kemudian semasa saya kembali ke tanahair utk seketika pada Cuti Musim SAlji, saya terserempak dgn Enche arsemy di king studio, tapi dia tidak lansung berkata sepatah tentang isu ini? persoalannya, proffesional kah mereka ini yg spatutnya berkerja dgn syarikat yg bernaung d bawah syrikat rakaman antarabangsa dan juga antara pemain utama dlm Industry musik malaysia?
adakan ini Etika pekerja pekerja Syarikat Rakaman antarabangsa yg telah lama membina nama di seluruh dunia? mereka ibarat Ikan 2 besar yg makan ikan ikan kecil...
mereka akan memberi layanan istimewa klass pertama pada seseorang artis itu sekiranya mereka sedang menjadi 'lembu duit'(cash cow) tapi tapi apabila artis itu berfikiran jauh dan inginkan sesuatu kelainan dlm karya/produk/kreativiti artis itu sendiri, mereka akan meng'anak tiri' kan artis2 tersebut.
jadi inilah satu dillema syarikat rakaman yg tau nak 'langgar dan lari' shj tanpa memikirkan masa depan karier artis2 mereka.

akhir skali, saya meminta maaf jika saya terkasar bahasa, cuma saya rasa buah fikiran kami hanya dpt diluah kan melalui sahabat2 rakan taulan kawan kawan media kami,(terima kasih elly).
saya dan pihak Butterfingers takkan berdiam diri tentang perkara ini. cuma skrang kami masing2 sedang mengkaji dgn lebih dlm tentang langkah2 strusnya yg akan diambil oleh kami.sejurus slps kami 100% pasti akan kesahihannya,tidak syak dan tanpa berlengah lagi kami akan membawa perkara ini ke peringkat yg lebih tinggi.

Sokonglah pergerakan Butter anda.
LoQue.

12 comments:

Anonymous said...

erm, pencabulan karya & hak asasi!

cecima said...

mereka2 tu tak pegi skola rasanya. tak harus diabaikan.ambil tindakan!

Anonymous said...

dah dgr dah enche Loque. Mmg copy. Mcm sial.
sesapa nak dgr sila cek kat http://naivesick.multiply.com

Anonymous said...

rileks loque!

Royalfan Tetap bersama anda!

fellow

Anonymous said...

sblom ni aku bercita2 nak jd salah sorg staff EMI.... tapi skg tidak lagi... apa2 hal aku tetap dbelakangmu loque..-akmalazizan-

Shariful Fadzli said...

hurm...xleh saman ke?
selalu berkumandang di xfresh fm...

sho said...

eh...silap...lagu kat xfrsh tu lagu rama2...
lagu yang sama ngn epitome nie nama sekilas cinta...tadi aku baru dunlud...cam siot jerk!

AMGSan said...

If that's the case, you NEED to proceed with the neccessary action. The Royals will be behind you always..

Anonymous said...

"sekilas cinta???" ahhahhaahah..fight for your right dude...=)

Anonymous said...

Kita hentam EMI n ELLA abis2.. cam sial...kita saman EMI..nanti dapat duit leh wat modal wat album baru..

Anonymous said...

Memang sebijik loque...tak ble jadi nie....kena ambik tindakan dgn EMI nie....ble nak buat suke2 die jek...saya sokong kalo butterfingers produce sendiri jek album2 korang...takyah berharap dgn company yg besar2 nie....kekadang diaorg suke mengekploitasi demi keuntungan diaorg....nway, butterfan tetap dibelakang butterfingers...!!!butter rules!!!

parasitejeans said...

hmm..ingatkn u r ok with this..yela da sampai kuar radio sume..xsangka pulak camni..
i witch to other channel, bile dengar Ella nyanyi..
i dont like it, it's totally irritating to listen..
Go for it!!
Let the relovution begins!